Rotan bulu ayam heret nenek ke mahkamah

- Advertisement -

MELAKA: Seorang nenek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mencederakan cucunya yang berusia empat tahun pada tahun lepas.

Suri rumah berusia 52 tahun itu didakwa mencederakan bahagian kaki cucu lelakinya itu dengan sebatang rotan bulu ayam di sebuah rumah di Taman Cheng Mutiara, Cheng di sini, pada 10 malam, awal November 2019.

Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

- Advertisement -

Hakim Elesabet Paya Wan membenarkan wanita itu diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh mendekati mangsa dan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos manakala tertuduh diwakili peguam K. Ramalingam.
 
Mahkamah menetapkan 15 September depan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

- Advertisement -