PTCM dapat sambutan walau tanpa gaji, elaun

- Advertisement -

GUA MUSANG: Pasukan Tindakan Cemas Malaysia (PTCM) yang ditubuhkan 32 tahun lalu masih mendapat sambutan orang ramai sekalipun kerja yang dilakukan adalah secara sukarela.

Timbalan Ketua Turus Utama PTCM Mejar (K) Datuk Seri Dr Ab Nasir Mohd Noor berkata, setakat ini keahlian PTCM berjumlah 10,000 orang di seluruh negara.

- Advertisement -

“Anggota PTCM tidak dibayar gaji atau elaun, sebaliknya bertugas secara sukarela membantu semasa kecemasan dan bencana termasuk banjir,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Zon dan Penyerahan Kad Kuasa Anggota PTCM Gua Musang di Bukit Chekati di sini, hari ini.

Beliau juga berkata anggota PTCM diberi latihan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan keberkesanan ketika membantu pihak berkuasa menjalankan tugas-tugas penyelamatan. – BERNAMA

- Advertisement -