PAS-Umno Bangi lancar Semarak Kasih MN

- Advertisement -

BANGI: PAS Kawasan dan Umno Bahagian bagi Parlimen Bangi telah melancarkan Semarak Kasih Muafakat Nasional sempena Mesyuarat Agung PAS Bangi Kali Ke-36 di Bangi Convention Centre, hari ini.

- Advertisement -

Ianya merupakan satu program berkala yang akan diadakan di semua lokasi Pusat Daerah Mengundi dalam Parlimen Bangi bermula di Kampung Sungai Ramal Dalam pada 30 Ogos nanti.

Objektif utama iaitu menjadi program yang memperkasa sepakat dan ukhuwah antara ahli PAS-Umno serta Muafakat Nasional (MN) Bangi, selain sebagai medium kebajikan, penerangan dan tarbiyah.

Antara golongan sasaran yang akan disantuni semasa program ini menerusi sesi ziarah kebajikan adalah Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal dan asnaf yang memerlukan, selain itu forum penerangan dan solat hajat juga akan turut diadakan.

Program Semarak Kasih adalah produk dengan semangat kesepakatakan Muafakat  Nasional Bangi yang akan di terjemahkan kepada rakyat demi kesejahteraan bersama. – HARAKAHDAILY 15/8/2020

- Advertisement -