Umno Kelantan serah MB tentu calon PRU-15

- Advertisement -

KOTA BHARU: Umno Kelantan menyerah kepada kebijaksanaan Menteri Besar (MB), Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob untuk menentukan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, begitu juga soal pemerintahan negeri yang diserahkan 100 peratus kepada PAS Kelantan.

“Kita sudah isytiharkan ikut mana sekali pun, serahkan kepada PAS untuk memerintah Kelantan, soal calon pun serah kepada keputusan Menteri Besar hendak umum siapa.

“Inilah keikhlasan yang kita hendak tunjukkan. Kita sudah awal-awal lagi umum, jadi langkah ini wajar diikuti Umno negeri-negeri lain,” katanya
pada ceramah isu semasa secara atas talian malam tadi.

Ceramah dianjurkan Urusetia Penerangan Negeri Kelantan (UPKN) turut menampilkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abdullah.

Mohd Syahbuddin juga berkata pihak yang tidak menyukai penggabungan dua parti Melayu terbesar itu tidak henti-henti menyebarkan propaganda bagi memecah-belahkan sokongan orang Melayu kepada PAS dan Umno.- HARAKAHDAILY 14/8/2020

- Advertisement -