Perak pelawa universiti buka kampus cawangan

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Kerajaan negeri mempelawa mana-mana universiti untuk membuka kampus cawangan di kawasan Lembah Beriah di sini kerana ia mempunyai kemudahan jajaran lebuh raya utara selatan yang memudahkan akses orang ramai. 

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Razman Zakaria berkata pembukaan kampus itu perlu bagi memberi peluang kepada pelajar di kawasan sekitar melanjutkan pelajaran selain menjana ekonomi setempat. 

- Advertisement -

“Sebelum ini ada cadangan untuk mewujudkan kampus cawangan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tetapi cadangan itu sudah lama dan peruntukan bagi tujuan itu telah dipindahkan ke tempat lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman di sini, hari ini.

Sementara itu, Razman berkata semangat patriotik hendaklah ditanam kepada generasi muda supaya mereka mempunyai kecintaan kepada negara.

Guru Besar sekolah berkenaan Siti Zawiyah Abdul Hamid berkata program kibarkan Jalur Gemilang bertujuan menyemarakkan rasa cinta murid kepada negara dalam menghayati kemerdekaan tanah air. – BERNAMA

- Advertisement -