Ahli Majlis turun padang selesai masalah rakyat

- Advertisement -

LUMUT: Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Habibah Rasdi daripada PAS telah mengadakan lawatan kerja di FELCRA Gugusan Lekir, Sitiawan, di sini semalam.

- Advertisement -

Beliau telah meninjau secara dekat berhubung masalah sampah yang dibuang secara tidak terurus di FELCRA Gugusan Lekir berikutan aduan oleh beberapa anak peneroka.

Peserta Generasi Kedua FELCRA Gugusan Lekir, Muhd Nizar Majid, 39, berkata, masalah pembuangan haram di sini telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Hal tersebut kesalinya, dibimbangi akan mengundang pelbagai penyakit pada masa hadapan selain pemandangan yang tidak sihat di mana sampah dibuang terdiri daripada sisa pepejal dan makanan.

“Kita akan berusaha untuk menyelesaikan masalah sampah bagi penduduk FELCRA Gugusan Lekir dengan secepat mungkin” kata Habibah kepada wartawan ketika ditemui.

Selain itu PAS Kawasan Lumut melalui Lujnah Peneroka dan Tanah juga dalam usaha untuk berjumpa dengan pengurusan FELCRA Gugusan Lekir bagi mencari penyelesaian terbaik.

Nizar yang juga penduduk tetap di sini amat berharap agar PAS Lumut terus berperanan melalui Ahli Majlis bagi mendengar dan mencari jalan penyelesaian masalah rakyat setempat khususnya. – HARAKAHDAILY 14/8/2020

- Advertisement -