Wakil negeri dilantik Ahli Lembaga Kada

- Advertisement -

KOTA BHARU: Dua tahun lepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjanji melantik wakil Kelantan sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Namun sehingga kerajaan PH jatuh pada akhir Februari lepas, janji itu tidak menjadi kenyataan.

- Advertisement -

Bagaimanapun baru-baru ini dua wakil kerajaan negeri iaitu Adun Selising, Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan Adun Kuala Balah, Dato’ Ab Aziz Derashid dilantik sebagai ahli lembaga Kada yang baharu.

Hari ini mereka menghadiri mesyuarat ALP Kada kali pertama di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Ibu Pejabat Kada dekat Lundang.

Tuan Mohd Saripudin yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, dua wakil kerajaan dilantik sebagai ALP Kada yang baharu.

“Jadi, sudah ada wakil negeri dalam ALP Kada. Sebelum ini ahli lembaga terdiri daripada penjawat awam, ahli politik dan profesional.

“Sekarang sudah cukup semuanya yang menjadi kekuatan Kada kerana pelantikan menepati kehendak akta, jadi sekarang isu lama yang berbangkit selesai,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat tersebut.

Mesyuarat itu dipengerusikan Pengerusi Kada, Dato’ Kamarudin Md Nor. Hadir sama Pengurus Besar Kada, Nik Roslan Idris. – HARAKAHDAILY 13/8/2020

- Advertisement -