Perancis pertingkat tenteranya di Mediterranean

- Advertisement -

LONDON, England: Perancis pada Rabu berkata ia akan meningkatkan sementara kehadiran tenteranya di Mediterranean Timur dalam beberapa hari akan datang, lapor agensi berita Anadolu.

Presiden Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis membincangkan situasi terkini di rantau itu, kata pejabat Macron dalam satu kenyataan.

Menggariskan kepentingan penyelesaian pertikaian menerusi dialog, Macron menarik perhatian kepada keperluan ‘perundingan yang lebih besar’ antara Greece dan Turki dan mengalu-alukan  inisiatif Jerman sebagai orang tengah.

- Advertisement -

Beliau juga memutuskan untuk secara sementara meningkatkan kekuatan ketenteraan Perancis di Mediterranean Timur dalam beberapa hari akan datang, sebagai bekerjasama dengan rakan-rakan Perancis dalam Kesatuan Eropah, kata kenyataan itu.

Sebagai sebahagian daripada aktiviti tinjauan hidrokarbon negara itu, Turki pada 10 Ogos 2020 mengeluarkan NAVTEX (navigasi teleks), mengumumkan bahawa kapal Oruc Reis akan memulakan penyelidikan gelombang Seismik baharu di Mediterranean Timur.

Keputusan Turki itu dibuat berikutan perjanjian persempadanan kontroversi yang ditandatangani antara Greek dan Mesir, hanya sehari setelah Turki berkata akan menangguhkan kegiatannya di rantau ini sebagai tanda muhibah setelah usaha dialog oleh Jerman.

Tetapi selepas mengisytiharkan perjanjian itu ‘batal dan tidak berlaku’, Turki memberi kuasa kepada Oruc Reis untuk meneruskan kegiatannya di kawasan yang berada dalam lingkungan benua Turki. Kapal ini akan meneruskan aktiviti seismik di Mediterranean Timur bersama dengan Cengiz Han dan Ataman sehingga 23 Ogos.

Turki secara konsisten menentang pentadbiran Greek Cypriot yang menjalankan aktiviti penggerudian satu pihak di Mediterranean Timur, dengan menegaskan bahawa Republik Turki Cyprus Utara (TRNC) juga memiliki hak ke atas sumber-sumber di wilayah tersebut.

Pada 1974, susulan rampasan kuasa oleh Greece yang mengambil alih Cyprus,  Ankara perlu campur tangan sebagai kuasa penjamin. Pada 1983, TRNC ditubuhkan.

Berdekad lamanya telah menyaksikan beberapa percubaan untuk menyelesaikan pertikaian Cyprus, yang semuanya berakhir dengan kegagalan. Terakhir, ia diadakan dengan penyertaan negara penjamin Turki, Greek dan United Kingdom di Switzerland pada 2017 yang berakhir tanpa kemajuan.

Keputusan Turki untuk mengumumkan penerokaan baharu di Mediterranean Timur menimbulkan kebimbangan di Greek pada Isnin apabila  Athens bertindak balas dengan membuat pengumuman sendiri dan meletakkan pasukan tentera lautnya dalam situasi berjaga-jaga. – BERNAMA

- Advertisement -