PAS ramai ahli dan berkualiti hasil tarbiyah

- Advertisement -

TAPAH: Keahlian ramai merupakan aset sangat bernilai kepada organisasi yang menjadi siap siaga PAS untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk PRU15 di mana dijangka akan diadakan pada bila-bila masa.

- Advertisement -

Malah, hasil mengikuti tarbiyah tanpa gagal meliputi usrah, tamrin dan liqa’ yang memberikan kefahaman serta keyakinan telah melahirkan ahli berkualiti dan tidak menjadi liabiliti kepada PAS.

Perkara ini dinyatakan Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Perak, Mustafa Abdul Wahab semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tapah di Kompleks Tarbiah, Jalan Bidor, di sini baru-baru ini.

Beliau mengimbas usaha pentarbiyahan sebagaimana dilakukan oleh Murabbi PAS Perak, Tuan Guru Siddiq Noor yang telah melahirkan ramai ustaz walaupun bukan berlatarbelakang pendidikan agama.

Sehubungan itu serunya, bersama pemantapan organisasi dan pengukuhan gerak kerja Muafakat Nasional dan menggerakkan jentera di semua peringkat, aspek tarbiyah tidak diabaikan oleh ahli mahupun pimpinan.

Beliau juga mengulas perkembangan politik semasa di mana rakyat kini semakin selesa dan menunjukkan kebersamaan kepada pemerintahan Kerajaan Perikatan Nasional dan mual dengan politik murahan Pakatan Harapan. – HARAKAHDAILY 13/8/2020

- Advertisement -