Manfaatkan PAS untuk perkuatkan PN

- Advertisement -

BUKIT GANTANG: Peranan PAS yang bukan sahaja selaku parti politik tetapi juga sebuah Gerakan Islam, sekiranya dimanfaatkan boleh menjadi satu kekuatan kepada Perikatan Nasional (PN).

- Advertisement -

Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman berkata demikian pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Bukit Gantang Kali Ke-53 di Kompleks Telekom, Taiping, baru-baru ini.

Menurutnya, PAS pernah memenangi Parlimen Bukit Gantang dalam dua PRU dan satu PRK yang menjadi bukti kekuatan PAS di mana boleh memberikan keputusan lebih positif berpihak kepada PN.

Bahkan ikrar beliau, PAS Bukit Gantang komited untuk terus memperkukuhkan ikatan PAS-Umno dalam Muafakat Nasional dan mendukung PN selaku kerajaan memerintah pada hari ini.

Malah kata Muhammad Faisal, kehadiran wakil Umno dan BERSATU ke Mesyuarat Agung itu menzahirkan kesepakatan antara ketiga-tiga parti untuk terus mengukuhkan kebersamaan menghadapi PRU15.

Dalam memastikan pengaruh PAS terus mengukuh, beliau turut berharap penubuhan Dewan Ulamak PAS Kawasan dapat direalisasikan, selain memperteguh peranan As-Sabiqun di Bukit Gantang.

Mesyuarat Agung ini dirasmikan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan turut dihadiri Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal. – HARAKAHDAILY 13/8/2020

- Advertisement -