Ziarah mereka tepat masanya – Darul Aitam

KUALA KETIL: Ziarah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar Masor Zakaria bersama Muslim Care Malaysia Society ke Rumah Anak Yatim Miskin Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam sesuatu yang dinanti dan tepat masanya.

Menurut Penjaganya, Rosli Yahaya, kunjungan mereka untuk meraikan anak-anak yatim di Darul Aitam amatlah dihargai dan tepat pada masanya di mana mereka amat memerlukan bantuan dari pihak luar.

Advertisement

Ujar Rosli, Rumah Anak Yatim Miskin Pertubuhan Sinar Kasih Darul Aitam yang berlokasi di Kuala Samak, Kuala Ketil itu juga terkesan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan kerajaan sebelum ini.

Beberapa bantuan berbentuk kewangan dan barangan keperluan harian diagihkan kepada anak-anak yatim dan keluarga miskin itu menggunakan sumbangan orang ramai yang menderma melalui Muslim Care Malaysia Society.

Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia Society, Mohd Johari Ismail mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang di luar sana diiringi dengan doa supaya Allah SWT dapat mengganjari sumbangan tersebut dengan sebaik-baik ganjaran kepada pemberi. – HARAKAHDAILY 12/8/2020