Sidang pertama Dun Kedah di bawah PN 25 Ogos

- Advertisement -


ALOR SETAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) pertama di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah akan diadakan pada 25 dan 26 Ogos ini kata Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor.

Katanya persidangan DUN tersebut akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

- Advertisement -

Kata beliau, pemerhati tidak dibenarkan hadir, namun boleh mengikuti melalui siaran langsung di media sosial dikendalikan Urusetia Penerangan Darul Aman (UPDA).

“Hanya pegawai yang berkaitan soalan yang akan dibahaskan sahaja akan dijemput, manakala yang lain dikecualikan.

“Arahan itu dibuat berikutan tempat yang terhad kerana mematuhi penjarakan fizikal yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Darul Aman hari ini.

Pada 17 Mei lepas Muhammad Sanusi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah Ke-14 selepas kerajaan Pakatan Harapan diketuai Dato’ Seri Mukhriz Mahathir hilang sokongan majoriti.

Pada 4 Julai 2018 bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dato’ Ahmad Kassim dilantik sebagai Speaker Dun Kedah melalui proses undian.

Namanya dicalon Mukhriz dan disokong ADUN Pengkalan Kundor, Dato’ Dr Ismail Salleh.
Manakala Sanusi pula mencadangkan nama Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi. – HARAKAHDAILY 12/8/2020

- Advertisement -