Sekuriti makanan negara perkara penting

Gambar hiasan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan perhatian dalam isu sekuriti makanan negara dan cuba mengatasi masalah kekurangan peruntukan bagi memastikan penyelidikan dibuat dengan sebaiknya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, pihaknya menyedari bahawa sekuriti makanan adalah merupakan satu perkara yang cukup penting kepada negara.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan dari M Karupaiya (PH-Padang Serai) berhubung isu keselamatan makanan negara dengan merujuk indeks keselamatan makanan dunia (GFSI) Malaysia berada dalam kedudukan ke-28 dunia dan antara kekangan utama yang dihadapi oleh Malaysia iaitu kekurangan perbelanjaan dalam kaji selidik pertanian.

Justeru itu, beliau meminta penjelasan langkah-langkah yang diambil oleh kementerian dalam menyelesaikan isu ini.

Berhubung kepada soalan, Che Abdullah (PAS-Tumpat) berkata Karupaiya sendiri telah memberi jawapan terhadap soalan tersebut, di mana kegagalan ataupun masalah yang dihadapi dalam penyelidikan itu disebabkan oleh peruntukan yang berkurangan.

Pada masa yang sama, Che Abdullah mengucapkan terima kasih kepada Karupaiya yang terlalu mengambil berat mengenai isu sekuriti makanan negara. – HARAKAHDAILY 12/8/2020

- Advertisement -