Rantau Panjang jadi jajahan baharu

Perancangan kerajaan untuk menjadikan Rantau Panjang salah sebuah jajahan baharu.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Mengambil kira Pekan Rantau Panjang semakin pesat membangun kerajaan negeri merancang mewujudkan sebuah jajahan baharu berasingan dengan Pasir Mas.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, Kelantan akan membuat permohonan sekali lagi bagi menjadikan Rantau Panjang sebagai sebuah jajahan.

Katanya perkara itu dalam perancangan kerajaan untuk menjadikan Rantau Panjang salah sebuah jajahan baharu.

- Advertisement -

“Kalau tidak boleh jajahan penuh pun sebagai jajahan kecil pun tidak apa.

“Permohonan itu pernah dibuat tetapi tidak diluluskan, jadi kita akan berusaha sekali lagi bagi memastikan Rantau Panjang dipisahkan daripada Pasir Mas,” katanya menjawab soalan tambahan dari Ustaz Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumboh) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Menurutnya juga sekiranya hasrat itu menjadi kenyataan, Rantau Panjang bakal mempunyai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sendiri. – HARAKAHDAILY 12/8/2020

- Advertisement -