Program Desa Taqwa diberi nafas baharu

- Advertisement -

KOTA BHARU: Program pembangunan Desa Taqwa yang diberi nafas baharu supaya pelaksanaannya mencapai hasrat yang dikehendaki kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, usaha menambah baik diteruskan tahun ini.

- Advertisement -

Katanya program pembangunan Desa Taqwa diteruskan semula dengan sasaran sebuah Desa Taqwa di setiap jajahan.

“Desa Taqwa akan dipertandingkan di peringkat negeri dengan menetapkan tujuh kriteria sebagai kayu ukur untuk menilai keberkesanan program berkenaan,” katanya menjawab soalan Mohd Adanan Hassan (PAS- Kelaboran) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Mohamed Fadzli juga berkata, daripada jumlah Desa Taqwa yang didaftarkan di seluruh Kelantan sebelum ini hanya 67 sahaja masih aktif.

Menurutnya juga program itu diaktifkan semula pada 2019 dengan mewujudkan lima Desa Taqwa yang baharu, manakala desa lama dinaik taraf infrastruktur, masjid dan pengisian program. – HARAKAHDAILY 12/8/2020

- Advertisement -