MB nafi Adun tidak turun padang

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi md Nor mendedahkan ada media menyiar fakta tidak betul kononnya wakil rakyat tidak cakna kebajikan penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kubang Pasu.

Katanya, Adun berkenaan sentiasa mengambil berat masalah penduduk di situ.

- Advertisement -

“Memanglah tidak nampak muka berkeliaran di situ kerana kawasan berkenaan tidak boleh masuk berada di bawah TEMCO.

“Malah, semalam sahaja 300 pek bekalan makanan yang diagih kepada penduduk di mukim terlibat hasil sumbangan NGO,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Menurutnya juga laporan media terbabit tidak berasas dengan melemparkan tohmahan Adun kerajaan tidak turun padang ke lokasi wabak.

Malah katanya Pusat Khidmat Adun berkenaan juga terletak di RTC ditutup kerana berada di kawasan TEMCO.

Muhammad Sanusi turut merakam ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menangani wabak Covid-19 kluster Sivagangga di Kedah. – HARAKAHDAILY 12/8/2020