ECRL libat 40 peratus kontraktor tempatan

- Advertisement -


KOTA BHARU: Jawatankuasa Khas Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diharap dapat menimbang cadangan 40 peratus penglibatan kontraktor tempatan.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, jawatankuasa itu juga diharap dapat berbincang untuk menjayakan hasrat berkenaan sebagaimana yang dicadangkan wakil-wakil rakyat.

- Advertisement -

“Manakala gesaan 50 peratus pembinaan ECRL melibatkan sumber manusia tempatan mampu memberi peluang rakyat menjana ekonomi mereka,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini petang semalam.

Menurutnya juga kerajaan mewujudkan Majlis Penyelaras Penjana Ekonomi Negeri bagi meningkatkan sosio ekonomi Kelantan yang dianggotai Exco, menteri dan timbalan menteri berasal dari negeri itu.

Kata beliau terdapat 11 menteri dan timbalan menteri yang berasal dari Kelantan menganggotai kabinet sekarang. – HARAKAHDAILY 12/8/2020

- Advertisement -