Derma darah: Sumbangan hidup

rpt
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP), Dr Rosni Adam menyeru kepada orang ramai untuk menderma darah terutamanya mereka yang mempunyai darah jenis A dan B.

Menurut beliau, peluang ini harus direbut berkemungkinan ia antara sumbangan yang dikira sepanjang hidup di dunia dalam membantu pesakit-pesakit yang memerlukannya.

- Advertisement -

“Darah B ini memang kebanyakan orang Melayu ada darah B. Jadi saya menyeru kepada mereka yang mampu untuk menderma darah, pergilah derma darah di tempat-tempat yang disebut itu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bandar Tun Razak, pada Sabtu.

Difahamkan, stok kumpulan darah A dan B berkurangan disebabkan pengurangan jumlah pendermaan darah baru-baru ini serta penggunaan berterusan di hospital.

Kempen Derma Darah masih berterusan sehingga 17 Ogos di beberapa lokasi antaranya Mid Valley Mega Mall, Aeon Big Bandar Tun Hussien Onn, Gateway@KLIA2, Tesco Bukit Beruntung, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya dan sebagainya.

Maklumat lanjut boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Darah Negara (PDN). – HARAKAHDAILY 12/8/2020

- Advertisement -