3 kampung Orang Asli terlibat Empangan Nenggiri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pembinaan Empangan Hidro Elektrik Nenggiri di Gua Musang, dijadualkan bermula pada Mac 2022 dan dijangka siap 2025.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, sebanyak 10 kampung masyarakat Orang Asli terletak di sekitar kawasan projek pembinaan empangan berkenaan.

- Advertisement -

“Tiga kampung daripadanya yang akan dipindahkan kerana terbabit secara langsung dengan empangan itu.

“Perkampungan terbabit iaitu Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Wias melibatkan 1,115 penduduk akan dipindahkan pada 2025 apabila projek Empangan Hidro Elektrik Nenggiri dimulakan,” katanya pada sesi pengulungan pada persidangan DUN petang semalam.

Menurutnya juga kerja-kerja awal akan dilaksanakan dengan menyediakan penempatan baharu menggantikan perkampungan Orang Asli yang terjejas.

Kata beliau kerja-kerja tersebut membabitkan pembinaan penempatan semula Orang Asli termasuk rumah, sekolah dan kemudahan asas lain.

Beliau juga berkata, selepas selesai proses pemindahan masyarakat terbabit, air akan dialirkan terus ke empangan baharu yang dibina. – HARAKAHDAILY 12/8/2020

- Advertisement -