12,126 dapat faedah Kad Sejahtera

Foto FB Ustaz Mohd Nor Hamzah
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diberitahu, seramai 12,126 orang penerima mendapat faedah dari pemberian Kad Sejahtera kepada golongan rakyat tersasar.

- Advertisement -

Kerajaan PAS Terengganu memperkenalkan tawaran Kad Sejahtera itu kepada rakyat dalam janji manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, lalu.

Merujuk kepada soalan bertulis Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) bertanyakan mengenai berapa jumlah penerima Kad Sejahtera semenjak ia diperkenalkan dan jumlah pembayaran yang telah dituntut oleh pengguna kad terbabit sehingga Disember 2019.

“Jumlah penerima Kad Sejahtera bermula Julai 2019 sehingga 31 Disember 2019 seramai 12,126 orang penerima.

“Pembayaran yang telah dituntut atas penggunaan yang dibuat pemilik kad sejahtera bermula September 2019 sehingga 31 Disember 2019, sebanyak RM364,388.00,” jelas Pejabat DUN Terengganu, pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Ke-14, semalam. – HARAKAHDAILY 12/8/2020

- Advertisement -