1 juta ahli PAS perlu dukung Harakah

- Advertisement -

ALOR SETAR: Ahli PAS yang berjumlah hampir sejuta di seluruh Malaysia disaran melanggan Harakah secara tetap bagi mendapat isu semasa yang semakin hangat sekarang.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia Dr Najihatussalehah Ahmad berkata, sekiranya jumlah itu memanfaatkan sebagai pelanggan Harakah tentunya akhbar terbabit boleh berkembang lebih jauh.

- Advertisement -

“Bayangkan sekiranya ratusan ribu melanggan Harakah. Jangan hanya berdegar-degar ajak orang lain membeli Harakah, sedangkan kita ambil sikap sambil lewa,” katanya ketika dihubungi di sini.

Malah katanya akhbar itu bertindak sebagai agen maklumat rasmi milik PAS yang menyediakan informasi terkini.

Menurutnya tidak salah sekiranya ahli-ahli PAS membelanjakan RM2 pada setiap hari Isnin dan Jumaat bagi mendapatkan Harakah. – HARAKAHDAILY 12/8/2020

- Advertisement -