Usul MAT K.Kangsar minta tegas isu arak

- Advertisement -

KUALA KANGSAR: Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kuala Kangsar Kali Ke-54 mempertegaskan prinsip parti ini untuk sama sekali tidak mengambil mudah terhadap isu penjualan arak secara terbuka dan berleluasa.

- Advertisement -

Menuntut supaya hal tersebut segera ditangani, perwakilan sebulat suara menyokong usul mengenainya setelah perbahasan yang berlangsung di Dewan Sri Merchu, Jalan Baru, di sini kelmarin.

Perwakilan Pemuda, Azham Isa menyuarakan bahawa PAS mesti dilihat lebih cepat dan ke hadapan menangi perkara yang sejak dahulu diperjuangkan itu dan turut disokong Perwakilan Muslimat, Ridawati Baharin.

Kata Ridawati, masyarakat gusar dan sedih melihat anak-anak Melayu beragama Islam terlibat secara tidak langsung dengan jualan arak apabila menjadi penjaga kaunter bayaran di pasaraya yang menjual minuman itu.

Terdahulu, Yang DiPertua PAS Kuala Kangsar, Dato’ Drs Khalil Idham Lim Abdullah menegaskan bahawa dasar dan prinsip Islam diperjuangkan PAS tidak berubah baik semasa tidak menang dahulu mahupun berkongsi pemerintahan kini.

“Kerana perjuangan PAS bukan berteraskan kepada individu, sebaliknya berpegang kepada prinsip dan dasar Islam,” ujarnya pada majlis yang dirasmikan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Razman Zakaria.

Hadir sama adalah pimpinan Umno, Datin Mastura Yazid dan Zuraimi Razali serta wakil BERSATU, Dato’ Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid di mana majlis juga mengenang tokoh pimpinan iaitu Allahyarham Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob dan Allahyarham Jamil Dzulkarnain. – HARAKAHDAILY 11/8/2020

- Advertisement -