Umno bukan seperti kaum Nabi Musa

- Advertisement -

TITIWANGSA: Kaum yang ditarbiyah Nabi Musa dan Nabi Harun setelah terperangkap di padang pasir Sinai selama 40 tahun telah mengkhianati baginda ketika ditinggalkan selama 40 hari dengan mengikuti ajaran Samiri.

- Advertisement -

Namun, tidak kepada Umno yang selepas berpisah dengan PAS selama lebih 40 tahun di mana akhirnya bersama dan bersetia untuk kembali menjulang Islam lalu Allah menghadiahkan kepada kesatuan umat ini pemerintahan kerajaan.

Lakaran sejarah dalam politik Malaysia hingga terbentuk Kerajaan Perikatan Nasional itu diimbas kembali Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Titiwangsa Kali Ke-35.

Jelasnya, semua itu bermula setelah PAS dan Umno menerusi Muafakat Nasional antara yang berada dalam pembentukan itu selepas kali terakhir bersama dalam Kerajaan Persekutuan Perikatan 42 tahun dahulu iaitu tahun 1978.

“Allah takdirkan Muafakat Nasional. Mula-mula ahli PAS pun susah nak akur, tapi paksa diri taat kepada arahan pimpinan. Akhirnya Allah beri berada dalam kerajaan hari ini. Lebai PAS berjaya kembangkan pasaran sawit, Lebai PAS cetuskan wakaf air.

“Inilah hikmah Islam memimpin,” ujarnya berucap selaku perasmi pada majlis yang berlangsung gemilang di Dewan Aminuddin Baki, Wisma Putra, di sini kelmarin.

Manakala Yang DiPertua PAS Titiwangsa, Khairul Anuar Abd Manap dalam ucapannya menyeru anjakan paradigma dari mentaliti pembangkang kepada kerajaan sesuai keberadaan PAS hari ini, sekali gus perlunya ahli lebih aktif di medan masyarakat.

Selain hal ehwal penduduk melibatkan perkara seperti kebajikan dan isu setempat, ahli PAS juga serunya mesti berperanan membawa rakyat untuk bersama kerajaan membangunkan negara dalam suasana harmoni.

MAT kali ini menyaksikan usul berkaitan gesaan untuk tindakan tegas terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menceroboh negara dan keingkaran individu rakyat kepada Rukun Negara diambil tindakan tegas. – HARAKAHDAILY 11/8/2020

- Advertisement -