Tiga Cawangan baharu perkasakan PAS Tawau

TAWAU: PAS Kawasan Tawau telah berjaya menubuhkan tiga lagi PAS Cawangan baharu iaitu PAS Cawangan Sabindo, PAS Cawangan Kampung Jawa dan PAS Cawangan Taman Sawit.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Husain selaku juga Yang DiPertua PAS Tawau berkata, parti menerima banyak permohonan keahlian di mana sokongan penduduk sangat memberangsangkan.

Advertisement

“Sebab itu PAS Tawau memperkasakan parti dengan mempergiatkan lagi kempen penambahan ahli dan menubuhkan lebih banyak cawangan.

“Penubuhan ini sekali gus menyahut Ucapan Dasar Presiden PAS yang ke-65 di Pahang pada Jun tahun lalu supaya memperkasakan gerak kerja penambahan ahli dan Cawangan baharu,” ujarnya kelmarin dahulu.

Mohamad yakin penubuhan Cawangan itu dapat memberi peluang kepada parti mendapat sokongan baharu dari rakyat seterusnya akan menambah pengukuhan PAS di negeri Sabah.

Mesyuarat penubuhan ketiga-tiga cawangan yang diadakan turut dihadiri oleh Setiausaha PAS Tawau, Ustaz Razali Sani, serta Ahli Jawatankuasa Urusan Ulamak, Ustaz Zulkifli Omar. – HARAKAHDAILY 11/8/2020