Seramai 67,068 hilang pekerjaan sejak Januari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Berdasarkan rekod Sistem Insuran Pekerjaan (SIP), seramai 67,068 rakyat Malaysia terlibat dalam kes kehilangan pekerjaan sejak Januari hingga 31 Julai 2020.

Menteri Sumber Manusia, Dato’ Seri M Saravanan berkata, jumlah yang dicatatkan itu adalah akibat daripada pandemik Covid-19 yang memberi impak besar kepada ekonomi global termasuk Malaysia.

- Advertisement -

Menurut laporan Kehilangan Pekerjaan (LOE) berdasarkan pecahan negeri dari Januari hingga 31 Julai 2020 menunjukkan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi 19,914 orang, diikuti dengan Kuala Lumpur seramai 17,972 orang dan Pulau Pinang seramai 7,426 orang.

Manakala, Johor mencatat seramai 5,549, Kedah 3,468, Sabah 2,897, Sarawak 2,227, Perak 2,226, Melaka 1,170, Terengganu 746 dan Negeri Sembilan seramai 621 orang.

Bagi negeri Kelantan pula, jumlah kehilangan pekerjaan adalah sebanyak 360 orang dan Perlis sebanyak 309 orang.

Manakala Labuan dan Putrajaya masing-masing mencatatkan jumlah seramai 167 dan 73.

Saravanan (BN-Tapah) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Ustaz Sabri Sazit (PAS-Jerai) di Dewan Rakyat hari ini yang meminta beliau menyatakan statistik bilangan pekerja yang diberhentikan dalam tempoh Januari hingga Jun 2020 mengikut pecahan negeri. – HARAKAHDAILY 11/8/2020

- Advertisement -