Saad Jabri nyaris mengulang nasib Jamal Khashoggi

- Advertisement -

KECOH minggu ini seorang bekas perisikan Saudi yang melarikan diri ke Kanada menuduh dan menyaman Putera Mahkota Saudi, Muhammad bin Salman atas dakwaan cuba membunuhnya sebanyak dua kali selepas dua minggu Jamal Khashoggi dibunuh di Turki.

Ceritanya bermula apabila Jabri yang dari golongan biasa berjaya menjadi Penasihat Perisikan Saudi di zaman Putera Muhammad bin Nayef menjadi Putera Mahkota Saudi sebelum dijatuhkan oleh Muhammad bin Salman. Ini kerana Jabri mahir berbahasa Inggeris dan bijak mendapatkan kepercayaan Amerika dan perisikannya.

Oleh kerana Jabri Penasihat Perisikan, maka semua fail-fail sulit perisikan Saudi dalam tangannya. Dia juga tahu di mana kubur-kubur penentang Kerajaan Saudi sebelum ini yang dihapuskan kerajaan. Apabila Jabri menghidu yang Putera Mahkota Muhammad bin Nayef akan dijatuhkan oleh Muhammad Salman dia melarikan diri ke Amerika sebulan sebelumnya.

- Advertisement -

Apabila Trump menjadi Presiden, Jabri lari ke Kanada kerana takut Trump menyerahkannya kepada Saudi. Perisikan Amerika dan Kanada mendapat maklumat, Saudi menghantar ‘Pasukan Harimau’ bagi membunuh Jabri di Kanada seperti pasukan yang dihantar untuk membunuh Khashoggi di Turki menggunakan visa pelancong. Pasukan pembunuh ini ditahan di Kanada.

Buat masa ini Jabri diberikan perlindungan ketat oleh Kanada dan dia satu-satunya orang penting yang mesti dihapuskan oleh Muhammad Salman yang belum berjaya dibunuh.

MOHD MAHYUDDIN MOHD YUSOFF – HARAKAHDAILY 11/8/2020

PENAFIAN:

HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri. 

- Advertisement -