Ride Santai Pemuda Merdeka 2020 Paya Besar

- Advertisement -

PAYA BESAR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Paya Besar telah memenuhi jemputan bagi memeriahkan program ‘Ride Santai Pemuda Merdeka 2020’ yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno Parlimen Paya Besar.

- Advertisement -

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Rahim Muda yang juga ADUN Lepar telah melakukan acara pelepasan peserta konvoi di Pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lepar, di sini kelmarin.

Pasukan Pemuda PAS diterajui oleh Ketua Pemuda PAS Paya Besar, Ustaz Mohd Fazli Mohd Noor disertai oleh 10 motosikal daripada ARC dan sebuah kenderaan yang diwakili oleh Unit Medik Jabatan Amal Malaysia Paya Besar.

Program yang dijalankan adalah bagi menyemarakkan semangat kibaran bendera sempena bulan sambutan kemerdekaan ini mendapat kerjasama dari Jabatan Penerangan Negeri Pahang.

Konvoi berkenderaan ini telah melalui FELDA Lepar Hilir 1,2 dan 3, Pekan Gambang dan berakhir di Masjid Mahkota Aman, di sini.

Rahim dalam ucapannya menyebut bahawa semangat anak muda dalam mengukuhkan muafakat nasional amatlah dihargai dan Pemuda Umno dan Pemuda PAS perlu merancang lebih banyak program bersama pada masa akan datang.
 
Kenyataan yang sama juga disuarakan oleh Ustaz Mohd Fazli dan perbincangan lanjut akan dibuat dalam masa terdekat bagi merangka program bersama.

Dalam upacara penutup, Naib Yang DiPertua PAS Paya Besar, Ustaz Shahrudin Hussin amat berharap kerjasama antara PAS dan Umno dapat dijalinkan dengan baik sesuai dengan semangat Muafakat Nasional yang telah terjalin di antara kedua-dua parti.

Beliau turut menaruh harapan agar Pemuda kedua-dua parti terus bekerjasama bagi mengharungi PRU15 yang akan datang. – HARAKAHDAILY 11/8/2020

- Advertisement -