Pelan jangka panjang bantu anak yatim

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan menyedia perancangan jangka panjang bagi melaksanakan agenda pengurusan kebajikan dan pembangunan anak yatim ekoran ketidaktentuan ekonomi pasca Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, antaranya memperkasakan skim bantuan sedia ada yang ditawarkan kerajaan negeri.

- Advertisement -

“Ia seperti Skim Pendidikan Anak Yatim iaitu bantuan yang diberikan kepada anak yatim, anak armalah atau ibu tunggal yang berdaftar melalui Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun).

“Selain itu, menambah baik program anak yatim seperti Program Kembali ke Sekolah, Kembara Ilmu, Kem Kepimpinan Anak Yatim, Projek Jahit Kasih, Kem Remaja Bestari dan lain-lain lagi,” katanya menjawab soalan Dato’ Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim, hari ini.

Mumtaz (PAS-Demit) juga berkata, Kelantan mempunyai 17 rumah anak yatim, di mana tiga diselia Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik). – HARAKAHDAILY 11/8/2020

- Advertisement -