Muslimat Wangsa Maju selesai MAT ke-22

- Advertisement -

WANGSA MAJU: Dewan Muslimat PAS Kawasan Wangsa Maju telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-22 bertempat di Markaz PAS Kawasan Wangsa Maju, di sini kelmarin dahulu.

- Advertisement -

Mesyuarat dihadiri kira-kira 50 perwakilan dan pemerhati itu bertujuan membentangkan laporan gerak kerja sepanjang tahun 2019 serta membincangkan penambaikan untuk tahun semasa dan seterusnya.

Antara pimpinan yang hadir ialah Ketua Penerangan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan Dr Nur Hasiba Kamaruddin dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Farhan @ Kamalulhysham Suhut serta Yang Dipertua PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud.

Aktiviti mesyuarat berfokus kepada pembentangan laporan aktiviti dan kewangan disusuli ucapan penangguhan oleh Timbalan Ketua Muslimat PAS Wangsa Maju, Siti Nor Hanis Amir.

Ustaz Farhan dalam ucapan perasmiannya menyeru Muslimat meluaskan jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi yang menawarkan bantuan-bantuan untuk memperkasa kebajikan masyarakat setempat. – HARAKAHDAILY 11/8/2020

- Advertisement -