Muslimat PAS kongsi dugaan dihadapi penduduk

- Advertisement -

PAYA BESAR: Muslimat PAS Kawasan Paya Besar telah mengadakan ziarah serta menyantuni nasib penduduk yang diuji kehidupan sosioekonomi dan kesihatan anggota keluarga mereka di Bukit Rangin, di sini semalam.

- Advertisement -

Lawatan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Panching ini bertujuan menyampaikan sumbangan dan memberikan sokongan moral kepada Nur Zuhaili Abdul Majid, 34 yang memikul dugaan atas anak dan suaminya.

Bayinya, Muhammad Rayyan Mikail Md Noor Azian, 10 bulan menghidap _down syndrome_ serta masalah halkum dan paru-paru yang lemah di mana kini mendapat rawatan berkala di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Manakala suami beliau pula mengalami demam denggi berdarah sejak Februari lalu dan tidak dapat bekerja di mana lebih teruji apabila Nur Zuhaili turut kehilangan pekerjaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hadir pada kunjungan itu adalah Ketua Muslimat PAS Paya Besar, Ustazah Norzilah Hussain dan Ketua Penerangan Muslimat PAS Paya Besar, Ustazah Rosmawati Bohari yang juga mewakili suami beliau iaitu ADUN Panching, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya.

Rombongan juga telah mengunjungi Ramlah Dalil, 54 dan Tengku Marwati Tengku Muhamed, 43 yang kedua mereka kini menjadi ibu tunggal dan masih dalam eddah setelah kematian suami baru-baru ini di Pandan 1.

Masing-masing mempunyai tanggungan anak yang masih kecil dan bersekolah di mana Muslimat PAS Paya Besar dan pihak ADUN Panching akan sentiasa memberi perhatian dan membantu keperluan. – HARAKAHDAILY 11/8/2020

- Advertisement -