Mesin rumput jalinkan PAS dan belia Kg Janda Baik

- Advertisement -

BENTONG: PAS Cawangan Janda Baik dengan kerjasama PAS Kawasan Bentong, JPR DUN Ketari dan NGO Cakne Rakyat telah menyumbangkan bantuan berupa mesin rumput kepada belia di Kampung Janda Baik, di sini semalam.

- Advertisement -

Inisiatif sumbangan tersebut bertujuan membantu belia di sini dalam melaksanakan kerja-kerja kawalan landskap terutama pemotongan rumput di padang bola sepak Kampung Janda Baik dan kawasan tumpuan pelancong itu.

Menerusi pemberian itu juga mendekatkan pemuda dan masyarakat setempat  kepada PAS selain untuk mereka lebih mengenali bahawa parti bukan sekadar membawa politik, tetapi juga dakwah, tarbiyah dan kebajikan untuk semua masyarakat.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Bentong, Mohd Khairuddin Abdullah kepada Nazri Kamarudin dan Mohd Mahizuddin Mazuki mewakili para belia Kampung Janda Baik.

Turut terlibat dalam program penyerahan sumbangan tersebut adalah Timbalan Yang DiPertua PAS Bentong, Ustaz Roslan Md Esa dan Tok Empat Kampung Janda Baik, Damuri Nusi.

Ketua PAS Cawangan Kampung Janda Baik, Abdul Muzir Samsudin menzahirkan rasa syukur kerana dapat memenuhi hasrat belia di situ seterusnya berbakti untuk warga setempat. – HARAKAHDAILY 11/8/2020

- Advertisement -