Kerjasama Maik tingkat kebersihan masjid

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri berhasrat mengadakan kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Maik) bagi memperkasakan lagi program kebersihan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, ia bertujuan memberi pendedahan serta latihan kepada iman mengenai aspek kebersihan.

- Advertisement -

“Kita merancang mengadakan kerjasama dengan Maik bagi memberi pendedahan kepada imam memperkasakan agenda kebersihan di masjid, surau serta tempat solat di lokasi pelancongan.

“Ini merupakan sebahagian kempen kita menumpukan lokasi tumpuan pelancong khususnya kebersihan di tandas awam di masjid,” katanya menjawab soalan Rohani Ibrahim (PAS-Tanjong Mas) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) semalam.

Dr Izani juga berkata kerajaan negeri membayar saguhati sebanyak RM58,100 kepada pekerja bahagian kebersihan pihak berkuasa tempatan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri kerana bertugas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – HARAKAHDAILY 11/8/2020

- Advertisement -