Agenda OKU di Kelantan selaras dasar MBI

KOTA BHARU: Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Negeri Kelantan (MPPOK) sejak 2013 sehingga sekarang melaksanakan lebih 78 aktiviti bagi membantu agenda OKU selaras dasar Membangun Bersama Islam (MBI).

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, MPPOK bertindak sebagai menyelaras program dalam kalangan OKU.

Advertisement

Menurutnya, antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk bengkel pemantapan ibadah OKU pada 2015 bagi membentuk OKU Muqarrabun yang menjadikan dirinya dekat kepada Tuhan.

“Ia tidak termasuk penganjuran program oleh NGO di bawah MPPOK, terdapat banyak lagi program yang merangkumi latihan kemahiran, jati diri, keusahawanan dan sebagainya.

“Peranan yang dimainkan MPPOK berjaya meningkatkan kesedaran keluarga dan masyarakat mengenai keberkatan menjaga OKU dan melaksanakan gagasan OKU Muqarrabun,” katanya pada persidangan Dun semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari Mohd Huzaimi Che Hussin (PAS – Pantai Irama). – HARAKAHDAILY 11/8/2020