PAS Raub langsungkan MAT kali ke-53

- Advertisement -

RAUB: Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Kawasan Raub Kali Ke-53 telah dirasmikan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Rosli Abd Jabar dalam majlis yang berlangsung di Dewan Simpang Kalang, Majlis Daerah Raub, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Bersama 120 perwakilan dan sekitar 50 pemerhati, majlis turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Raub, Dato’ Abdul Aziz Kiram dan juga wakil daripada MIC dan KIMMA menzahirkan kesepakatan rakan Perikatan Nasional.

Ustaz Rosli dalam ucapannya mengemukakan tiga penegasan penting melibatkan pengukuhan Muafakat Nasional, sifat bermaafan tanpa mendendami dan juga mengamalkan sikap berlapang dada dalam perjuangan politik.

Manakala Yang DiPertua PAS Raub, Dr Mohamad Nilam Abd Manaf dalam ucapannya menyeru seluruh ahli PAS Raub supaya setiap PAS Cawangan mengukuhkan organisasi masing-masing dan menambah keahlian.

Beliau juga turut mengingatkan peranan ahli PAS untuk menjadi contoh kepada masyarakat dalam setiap urusan kehidupan sebagaimana qudwah dibawa Nabi Muhammad S.A.W. – HARAKAHDAILY 10/8/2020

- Advertisement -