SLOGAN Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada perlu menatijahkan kerjasama erat, menghargai masyarakat yang tampil membantu polis menjaga keselamatan dan ketenteraman negara.
Yang memberi maklumat, membantu harus dihargai dan dilindungi. Bukan sebaliknya. Kita ada akta yang sepatutnya melindungi pemberi maklumat.
Penjual Burger yang tular itu adalah contoh warga yang kita inginkan. Tampil dan berinisiatif untuk mencegah kemungkaran. Bukan percuma dan mudah untuk beliau tanpa jemu turun naik Bukit Aman dan pelbagai pejabat penguatkuasaan yang lain.
Beliau nyata bertepatan dengan Hadis Rasulullah S.A.W.
Daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A berkata, aku mendengar Nabi S.A.W bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.”
(Riwayat Muslim (78))
Saya amat kecewa dengan respon awal Ketua Polis Daerah yang berkenaan yang terlalu cepat membuat kesimpulan penafian.
Tahniah Ketua Polis Negara yang mempamerkan pendirian yang positif dengan memberikan jaminan isu berkenaan akan disiasat dan mengucapkan penghargaan kepada pemberi maklumat.
YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – HARAKAHDAILY10/8/2020