Belum terima bayaran atas nama royalti – MB

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sehingga sekarang Kelantan hanya menerima wang ihsan sebanyak RM28 juta pada Julai 2019.

- Advertisement -

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, bayaran lain atas nama royalti belum diterima kerajaan negeri.

“Namun bayaran royalti sudah disebut menteri untuk Kelantan di Parlimen.

“Jadi kita akan hantar wakil berbincang dengan kerajaan pusat mengenai bayaran royalti tersebut seperti disebut menteri,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Abdul Rahman Yunus (PAS-Pasir Tumboh) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini.

Sehingga 17 September 2019 Kerajaan Kelantan menerima sebanyak RM28 juta wang ihsan daripada Kerajaan Persekutuan bagi sepanjang tahun itu.

Pemberian wang ihsan itu dimasukkan terus kepada akaun kerajaan negeri.

Menteri Besar juga berkata, bantuan ‘one-off’ yang diberi perdana menteri sebelum ini untuk meningkatkan hasil negeri, membantu menampung keperluan kewangan dan meningkatkan sosial ekonomi rakyat.

Katanya perancangan perbelanjaan dana ‘one-off’ RM400 juga meliputi pelaksanaan projek-projek khas dan pengurusan.

Pelaksanaan projek meliputi pembangunan bekalan air secara pinjaman mudah sebanyak RM30 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Selain itu pembangunan bandar baru berkonsep Islamic City, pembangunan kluster industri Mukim Senak, Taman Industri IBS Sungai Bagan, Machang, menyiapkan Pondok Moden Antarabangsa di Pulai Chondong.

Membina Taman Konservasi di Mukim Sigar, pembinaan jalanraya dan jambatan di Panchor dan jalan masuk Bandar Sukan.- HARAKAHDAILY 10/8/2020

- Advertisement -