Sumbangan rakyat Malaysia kini di Beirut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Muslim Care Malaysia bertindak pantas melalui rakan NGO di Lubnan, Ghirass For Society Development (Ghirass) telah menyediakan pek sumbangan untuk diserahkan kepada mangsa yang terjejas berikutan letupan bahan kimia di Beirut, Lubnan pada 4 Ogos.

- Advertisement -

Letupan mengakibatkan lebih 100 orang terkorban sementara ribuan mengalami kecederaan dan kehilangan tempat tinggal.

Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia, Mohd Johari Ismail berkata, pihaknya ingin mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang prihatin di atas bencana yang melanda penduduk bandar pelabuhan di Beirut.

“Semoga segala sumbangan yang dihulurkan diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran dan diterima sebagai sebaik-baik sedekah InsyaAllah,” katanya kepada HarakahDaily sebentar tadi.

Petugas Muslim Care Malaysia di Beirut menguruskan pek bantuan makanan sumbangan rakyat Malaysia

Muslim Care Malaysia menzahirkan rasa simpati kepada penduduk yang terkesan dengan tragedi letupan di Beirut, Lubnan yang mengorbankan puluhan nyawa dan ribuan lagi cedera.

Sebelum ini Malaysia melalui Wisma Putra, telah menyatakan komitmen untuk membantu Lubnan bangkit daripada bencana ini.

Dua letupan kuat dilaporkan berlaku di Pelabuhan Beirut, pada jam 6 petang waktu tempatan pada 4 Ogos, yang mengakibatkan puluhan terbunuh manakala hampir 4,000 tercedera. Antara yang maut adalah Setiausaha Agung Parti Kataeb, Nazar Najarian.

Menurut Perdana Menteri, Hassan Diab, kejadian berkenaan berpunca daripada baja pertanian ammonium nitrat seberat 2,750 tan yang disimpan di gudang di pelabuhan berkenaan.

Bahan berkenaan dikatakan dirampas sejak beberapa tahun lalu dan disimpan di lokasi berkenaan.

Teruskan menyumbang bersama Muslim Care Malaysia, (Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan).

Sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun – 564490413882 – MAYBANK Muslim Care Malaysia Society.

Info lanjut, Suryana 011-21941194, Safuan 013-4886447 dan Johari 016-9978323- HARAKAHDAILY 8/8/2020

- Advertisement -