Muslimat Temerloh ziarahi mangsa kebakaran

- Advertisement -

TEMERLOH: Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Temerloh diketuai Pengerusinya, Rosidah De telah menziarahi empat keluarga mangsa kebakaran di Taman Lanchang Indah, di sini pagi semalam.

- Advertisement -

Lawatan dipimpin Ketua Muslimat PAS Kawasan Temerloh, Ustazah Alawiyah Kasdan dan turut disertai barisan Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Temerloh serta Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Temerloh, Siti Baksa Mahidin.

“Apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya, diharap mangsa tabah dengan ujian dari Allah,” kata Ustazah Alawiyah yang memuji JKKK Lancang serta penduduk setempat kerana tidak putus-putus membantu mangsa

Mangsa-mangsa ada yang tempatkan di surau taman tersebut, manakala satu keluarga ditempatkan di sebuah inap desa berdekatan oleh pemiliknya dan satu kluarga lagi menumpang di rumah keluarga berdekatan.

Objektif daripada ziarah tersebut adalah untuk membantu meringankan beban mangsa serta mengeratkan tali silaturahim antara Muslimat dan masyarakat.

Menurut Rosidah, pihaknya berusaha untuk melaksanakan tangungjawab sebagai insan yang prihatin di mana amalan itu menjadi sebahagian keutamaan Muslimat agar dapat memperolehi ganjaran Allah di akhirat kelak.

Ustazah Alawiyah juga melahirkan rasa simpati kepada mangsa yang diantaranya merupakan anak yatim piatu baru sahaja kehilangan ibu sejak sebulan lalu dan masih lagi dalam susana kesedihan. – HARAKAHDAILY 8/8/2020

- Advertisement -