Gabungan NGO Malaysia lancar misi bantuan

PERISTIWA letupan Ammonium Nitrate di Beirut yang mengorbankan lebih 135 nyawa dan menyebabkan kecederaan lebih 5,000 mangsa, manakala ratusan ribu mangsa kehilangan tempat kediaman amat menyedihkan kita.

Advertisement

Tidak cukup dengan kes wabak Covid-19 yang telah meragut 68 nyawa dan lebih 5000 kes positif, Kerajaan Lubnan terpaksa berdepan pula dengan bencana letupan besar sehingga diumumkan darurat yang akan berlangsung selama 2 minggu.

Kita bersimpati dengan kejadian yang berlaku ini. Justeru itu, bagi menunjukkan sokongan dan solidariti terhadap mangsa letupan, Sekretariat Aid4Lebanon akan melancarkan kempen sumbangan buat mereka.

Sekretariat Aid4Lebanon terdiri dari gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berpengalaman dalam mengendalikan misi kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Bentuk sumbangan segera yang diperlukan adalah bantuan perubatan dan keperluan harian kepada manga-mangsa yang terlibat.

Sekretariat Aid4Lebanon mensasarkan kutipan dana sebanyak RM10 juta untuk dikutip dalam tempoh terdekat.

Saluran sumbangan akan diselaraskan secara rasmi di bawah Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Sekretariat Aid4Lebanon menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama menyumbang bagi menyatakan solidariti kemanusiaan sejagat ini.

Keanggotaan bersama Aid4Lebanon

  1. PASRelief
  2. Yayasan Amal Malaysia
  3. Yayasan Kubra
  4. Yayasan Isra’ Malaysia
  5. Geng Ustaz
  6. Muslim Care Malaysia
  7. Muslim Care Global(MCG)
  8. Yaman Care
  9. Syabab Care
  10. Azhar Care
  11. Iman Care
  12. Warga Cakna
  13. PAPISMA
  14. Medicom
  15. NurFitrah
  16. MusMedik
  17. IMWU (International Muslim Women Union Malaysia)
  18. Sadaqah Centre
  19. Sahabat Care
  20. MyHawa

SEKRETARIAT AID4LEBANON – HARAKAHDAILY 7/8/2020