Solidariti untuk Lubnan, hulurkan ukhuwah kasih

- Advertisement -

BIAR apapun motif letupan dahsyat di Beirut, Lubnan semalam, tindakan atau sasaran ke kawasan awam hingga menyebabkan ratusan terbunuh dan ribuan cedera itu wajib dikutuk. Skala besar letupan tersebut juga telah menyebabkan kemusnahan prasarana dan infrastruktur.

- Advertisement -

Tetapi paling dikesali ia mewujudkan kebimbangan atau ketakutan yang menyebabkan ketidakamanan serta rasa terancam menyelubumi warga penduduk tidak berdosa. Di sana adanya kanak-kanak, ibu mengandung, warga emas, orang kelainan upaya, sakit dan sebagainya yang sudah semestinya memerlukan perhatian.

PASRelief percaya, seluruh dunia yang waras sedang mengutuk kecam pihak penyebab kejadian ini. Sasaran ini salah dan sama sekali mesti dihentikan tidak berulang lagi. Warga penduduk dalam kalangan masyarakat awam mesti diberi perlindungan yang paling terjamin selamat.

Namun, upaya kita tidak mengatasi kemampuan peluru dan kecanggihan senjata mereka yang mungkin mengatur pelbagai kepentingan. Tetapi ‘kuasa’ kasih sayang ukhuwah Islamiyah kita sampai kepada saudara kita di sana dan menjadi kesatuan yang akan diperkuatkan oleh Allah S.W.T.

Sehubungan itu PASRelief dengan ini melancarkan Tabung Bantuan Kemanusiaan Lubnan. Insya-Allah pihak kami akan mengusahakan pelbagai cara untuk bantuan dari rakyat Malaysia disampaikan kepada saudara kita di sana. Mari sama-sama kita bersoludariti menghulurkan sumbangan.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun PASRelief Maybank – 564070612333 atau Tabung Kemanusiaan PASRelief Maybank – 564070614481 dan sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 019-4500660.

YB USTAZ MOHD YUSNI MAT PIAH
Pengarah PASRelief
16 Zulhijjah 1441 | 6 Ogos 2020 – HARAKAHDAILY 6/8/2020

- Advertisement -