Sabah tetap milik Malaysia sampai bila-bila

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan mengiktiraf dan memenuhi sebarang tuntutan negara asing ke atas Sabah, tegas Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, semalam.

- Advertisement -

Beliau berkata Sabah adalah hak milik Malaysia dan akan tetap menjadi sebahagian daripada negara ini. 

“Kita tidak akan mengiktiraf apatah lagi memenuhi tuntutan asing terhadap Sabah. Pada masa yang sama, saya nak nyatakan di sini bahawa Sabah milik Malaysia dan akan tetap menjadi sebahagian Malaysia sampai bila-bila.

“Saya juga telah membidas Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr dan apa yang saya nyatakan amat jelas bahawa Malaysia mengutuk dan menolak kandungan di Twitter beliau yang dakwa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia,” katanya.

Hishammuddin menjawab celahan Datuk Azizah Mohd Dun (BERSATU-Beaufort) mengenai kenyataan Locsin berkaitan Sabah semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian tersebut di Dewan Rakyat di sini semalam.

Pada 29 Julai lepas, beliau membidas Locsin berhubung hantaran TwitterSabah is not in Malaysia’ dan menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab serta boleh menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Sehubungan itu, Hishammuddin dalam hantaran menerusi Twitter mengarahkan Wisma Putra memanggil Duta Filipina ke Malaysia Charles C. Jose untuk menjelaskan isu tersebut. – BERNAMA

- Advertisement -