Katil ‘modified’ bantu pesakit terlantar

LUMUT: PAS Kawasan Lumut melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) telah menyantuni beberapa penduduk yang memerlukan perhatian dan bantuan di sekitar Lekir, sini kelmarin.

Advertisement

Mohd Mokhtar Aseh, 68 yang lumpuh sejak tahun 7 lalu telah menerima katil _‘modified’_ diinisiatifkan LKK PAS Lumut di mana diserahkan oleh Yang Dipertua PAS Lumut, Rosli Abd Rahman.

Menurut Rosli, tujuan ziarah adalah untuk melihat dari dekat keadaan pesakit serta menawarkan khidmat bantuan yang boleh diberikan oleh PAS Lumut kepada pesakit sekitar Parlimen ini.

Menurut isterinya, Ramlah Din, 63, sejak suaminya lumpuh, pergerakannya amat terbatas terutama ketika hendak ke bilik air.

Maka menurutnya, dengan katil telah diubahsuai ini, memudahkan sedikit banyak ahli keluarga bagi mengurus suaminya dan mengucapkan terima kasih kepada rombongan PAS.

Ziarahi PAS Lumut pada hari sama juga menjengah penduduk di sekitar Teluk Muruh termasuk sebuah keluarga terdiri seorang ibu tunggal yang menghidapi kencing manis kronik dan diuruskan anak lelaki berusia 14 tahun.

Turut hadir bersama Ahli Majlis Perbandaran Manjung, Habibah Rasdi serta Setiausaha dan Ketua Muslimat PAS Lumut, Hamidun Ahmad dan Rohawati Abidin bersama Pengurusan Jawatankuasa Sementara Penduduk (JSPK) Teluk Muroh, Abd Salam Ismail.

Para dermawan yang ingin menyumbang bagi menyokong inisiatif ini boleh salurkan kepada akaun PAS Kawasan Lumut Bank Islam 08059010000292. – HARAKAHDAILY 6/8/2020