Jawi: Usaha Pahang wajar dicontohi semua pihak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Usaha Kerajaan Pahang yang telah menguatkuasakan tulisan Jawi pada papan tanda dan iklan premis perniagaan harus dicontohi oleh Kerajaan Negeri Selangor. 

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata malah Kerajaan Persekutuan juga harus melihat inisiatif yang di lakukan oleh negeri Pahang ini adalah salah satu usaha ke arah perpaduan kaum di Malaysia.

Menurut beliau, inisiatif memartabatkan tulisan Jawi oleh badan bukan kerajaan (NGO) harus dilihat sebagai usaha yang perlu di bantu oleh pihak kerajaan. 

Katanya, PENJAWIS merupakan persatuan pencinta tulisan Jawi Selangor adalah salah satu NGO yang sangat bersungguh dalam memartabatkan tulisan Jawi di negeri Selangor.

Beliau merupakan ADUN Sijangkang mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang yang telah menguat kuasakan tulisan Jawi pada papan tanda dan iklan premis perniagaan mulai January 2020.

Katanya, langkah ini akan memartabatkan dan meningkatkan lagi kefahaman tulisan Jawi dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Menetapkan hari Jumaat sebagai hari tulisan Jawi juga tambah beliau akan menjadikan langkah kepada usaha mempertabatkan tulisan Jawi.

Menurut beliau, Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan menyatakan, “Tulisan bagi bahasa kebangsaan adalah tulisan Rumi:dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi bagi bahasa Kebangsaan”. – HARAKAHDAILY 6/8/2020

- Advertisement -