Malaysia tidak akan jadi tong sampah dunia – KASA

KASA hantar semula kontena bahan plastik dan sisa toksik ke negara asal

Tinjauan Tuan Ibrahim bersama kakitangan KASA di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor baru-baru ini.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan dijadikan tong sampah dunia, tegas Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menegaskan demikian ketika ditanya Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) berhubung inisiatif Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam usaha mencegah Malaysia daripada menjadi tong sampah dunia selaras dengan Konvensyen Basel.

- Advertisement -

“Baru baru ini, saya sendiri turun ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) setelah kita mendapat maklumat ada 110 kontena yang transit di PTP dan kita dalam pengurusan untuk menghantar semula ke negara asal iaitu di Romania.

“Sebagai maklumat tambahan, suka saya maklumkan bahawa di antara negara-negara yang kita hantar bahan-bahan yang telah dikenalpasti ini termasuklah beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat.

KASA berjaya mengesan 110 kontena berstatus transhipment di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor yang didapati mengandungi bahan buangan debu electric arc furnace (EAF) yang berasal dari Romania untuk dihantar ke negara pengimport, Indonesia.

“21 kontena yang kita hantar ke Amerika Syarikat melalui pelabuhan Kucing dan 15 kontena dihantar melalui Pelabuhan Pulau Pinang.

“United Kingdom (UK)1 kontena, Poland 1 kontena, Korea Selatan 2 kontena, Vietnam 2 kontena dan keseluruhannya 42 kontena dan berat keseluruhan kontena tersebut ialah 796,553k kg,” ujarnya.

Justeru itu kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, tindakan yang diambil KASA bagi menangani isu tersebut merupakan satu tindakan tegas serta selaras dengan Konvensyen Basel yang ditandatangan. – HARAKAHDAILY 5/8/2020

- Advertisement -