Firma siber dakwa maklumat dari Facebook dicuri

- Advertisement -

TOKYO, Jepun: Sebuah firma keselamatan siber Jepun mengatakan pihaknya menemukan maklumat log masuk yang dicuri daripada lebih 7,600 akaun Facebook yang tersimpan di pelayan berpusat di Rusia, menurut agensi berita Sputnik, memetik laporan media pada Selasa.

- Advertisement -

Menurut Agensi Berita Kyodo, maklumat diperoleh secara tidak sah dari 7,630 akaun rakyat Jepun di laman web media sosial itu, dicuri oleh pelaku yang tidak diketahui sejak dua bulan lalu.

Memetik Agensi Promosi Teknologi Maklumat, terdapat peningkatan kes curi akaun di Jepun sejak dua bulan lalu. 

Alamat e-mel Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun dan kerajaan pusat antara butiran log masuk yang dicuri, lapor Kyodo.

Sola.com percaya lapan kumpulan penggodam menggunakan bahasa Sepanyol untuk berkomunikasi merupakan dalang di sebalik penipuan itu. 

Facebook tidak mendedahkan kepada Kyodo mengenai skala pelanggaran berkenaan tetapi mengatakan pihaknya akan terus menumpukan perhatian kepada langkah-langkah mencegah amalan salah itu. – BERNAMA

- Advertisement -