‘Canggih’ masuki pasaran antarabangsa

Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

PENGKALAN CHEPA: Syarikat My Sejahtera Sdn Bhd berjaya mencipta nama apabila pakaian berjenama ‘Canggih’ dipasar sehingga ke peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kilang itu mempunyai lebih 400 pekerja.

Katanya apabila dicampur dengan vendor dianggar kekuatan sokongan syarikat tersebut seramai 2,000 orang.

- Advertisement -

“Mereka menjahit pakaian berjenama masyhur yang dipasarkan sehingga ke luar negara,” katanya selepas melakukan lawatan ke kilang My Sejahtera Sdn Bhd di Padang Tembak dekat sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Zuraidin Abdullah.

Syarikat berkenaan merupakan pengeluar pakaian sekolah dan seragam lain menggunakan jenama Canggih.

Pengerusi Kumpulan My Sejahtera, Annas Ahmad pula berkata, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pihaknya diberi tanggungjawab menjahit pakaian perlindungan khas (PPE) untuk petugas barisan hadapan. – HARAKAHDAILY 4/8/2020

- Advertisement -