Penduduk 4 mukim perlu patuhi arahan MKN

- Advertisement -

KUBANG PASU: Orang ramai khususnya di empat mukim yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kubang Pasu dinasihat mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Exco Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Dato’ Dr Mohd Hayati Othman berkata, PKPD dilaksanakan untuk mempastikan rantaian Covid-19 kluster Sivagangga dapat diputuskan.

- Advertisement -

Katanya seramai 20 orang didapati positif hasil saringan baru-baru ini dan mereka sekarang ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

“Baru-baru ini kira-kira 2,900 orang menjalani saringan di mana 20 daripadanya positif, 17 negatif dan selebihnya dibenarkan pulang,” katanya selepas lawatan ke Klinik Desa Napoh hari ini.

Menteri Pertahanan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaacob hari ini mengumumkan MCO pentadbiran dikuatkuasakan di empat mukim di Kedah bermula 3 hingga 30 Ogos ini.

Menurutnya penduduk di kawasan berkenaan yang berjumlah kira-kira 7,000 akan disaring.

Mohd Hayati juga berkata, ujian saringan untuk mengesan kontak secara langsung kluster Sivagangga.

“Manakala mereka yang dipakaikan gelang ‘pink’ diharap berada di rumah dan jangan keluar ke mana-mana dalam tempoh kuarantin sekarang.

“Saya amat berharap orang ramai dapat menjaga diri masing-masing kerana kes ini mudah berjangkit sekiranya mempunyai kontak rapat dengan mereka yang positif.

“Jangan biarkan diri menjadi penyumbang kepada penularan wabak ini,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 3/8/2020

- Advertisement -