Pelitup muka: Batal saman kenderaan persendirian

Gambar sekadar hiasan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan menarik balik saman yang dikenakan terhadap individu tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam kenderaan persendirian.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selepas berbincang dengan polis dan Kementerian Kesihatan (KKM), saman yang dikenakan terhadap individu yang tidak memakai pelitup muka di dalam kenderaan persendirian akan dibatalkan.

- Advertisement -

“Kalau mereka sudah pun membayar kepada KKM, ia boleh dituntut semula,” katanya pada sidang akhbar PKPP, di Parlimen, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan di tempat awam yang bersesak dan ketika berada dalam kenderaan awam.

“Pemakaian pelitup muka diwajibkan dalam pengangkutan awam seperti bas, teksi, kenderaan e-hailing atau LRT dan KTM serta tempat-tempat awam yang sesak,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pemakaian pelitup muka adalah tidak diwajibkan di rumah dan di dalam kenderaan sendiri.

“Pemakaian juga tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal dan untuk kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 3/8/2020

- Advertisement -