YB Che Lah hayati Aidiladha bersama warga Tumpat

- Advertisement -

TUMPAT: Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Tumpat telah menyemarakkan kehadiran Aidiladha dengan program Penyerahan Lembu Korban kepada Penghulu dan Ketua Masyarakat, kelmarin.

- Advertisement -

Penyerahan 16 ekor lembu untuk dikorbankan sempena Aidiladha ini telah dilangsungkan pada majlis di Kediaman Rasmi Penghulu Kubang Batang, Padang Rokma, Wakaf Bharu, di sini.

Gimik serahan telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi yang juga merupakan Setiausaha PAS Negeri Kelantan serta Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Hadir sama adalah ADUN Wakaf Bharu, Mohd Rusli Abdullah dan Ketua Pegawai Tadbir Pusat Khidmat Rakyat, Aziz Mohd Zain serta para Penghulu, Pegawai Pusat Khidmat, wakil DUN dan penerima lembu korban.

Dato’ Che Abdullah semalam mengerjakan solat sunat Aidiladha di Masjid Wakaf Bharu, selain mengadakan sumbangan RM80,000 untuk dua masjid serta menziarahi penduduk. – HARAKAHDAILY 1/8/2020

- Advertisement -