Khudrat 10 anggota AMAL korbankan 4 lembu

- Advertisement -

KUANTAN: Biarpun dengan tenaga hanya 10 anggota, Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Negeri Pahang telah menyempurnakan kerja-kerja penyembelihan dan melapah empat ekor lembu, semalam.

- Advertisement -

Majlis Ibadah Korban anjuran PAS Cawangan Taman Guru telah dijayakan pasukan merah itu selepas solat Jumaat diketuai Komandan AMAL Kawasan Kuantan, Abdul Hadi Badrul Hisham di Taman Guru, di sini.

Turut bersama adalah Setiausaha Sektor Operasi AMAL Pahang, Saiffulah Jamaludin dan Pemangku Ketua PAS Taman Guru, Azalan Mustafa yang juga bertungkus-lumus menjayakan program tersebut.

Menurut Timbalan Pengarah AMAL Pahang, Hilmi Ismail, jemputan PAS Taman Guru untuk pihaknya bersama pada majlis ibadah seperti itu amat dihargai dan amat sesuai dengan peranan anggotanya dalam masyarakat.

Katanya, selain khudrat tenaga diberikan, paling utama adalah penghayatan kepada semangat berkorban sebagaimana ibrah dari Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.

Beliau berharap ianya menjadi tarbiyah dan ibadah kepada anggota AMAL untuk mereka terus istiqamah serta berjuang memberi khidmat bakti kepada masyarakat. – HARAKAHDAILY 1/8/2020

- Advertisement -